Saturday, September 17, 2016

Ruang rindu

Rindu.
Seribu walau sejuta kali pun bibir berkata "aku sudah lupa"
Tapi hati ini entahlah bagaimana
Tiapkali terdetik satu nama
Terlintas satu wajah
Ia bergetar
Ngilu
Dan mata terasa basah menahan titis-titis penuh sayu
Bergementar tangan menadah doa
Tuhan, dimanapun dia berada
Limpahkanlah kebahagiaan padanya
Dan teguhkan hatinya dalam batas keimanan
Meskipun dihatinya mungkin tiada ruang pun buatku
Tapi dia kan selalu kutitip padaMu
Dalam jagaanMu.

Tuesday, September 13, 2016

Tentang sesuatu

Sutera ke sini sekadar untuk menconteng tentang rasa.  Rasa rahasia yang tak mungkin mampu diceritakan di lisan. Tak perlu berteka teki ya, mungkin saja telahan itu salah.

Semalam semasa sutera bermain dengan Encik Google, tiba-tiba sutera terjumpa sesuatu.
Mulanya sutera senyum tapi hati rasa pedih pula. Entah apa yang sutera rasa.

Sutera sebenarnya dah lupa kisah-kisah lama.  Tak ingat dah. Tapi entahlah kan. Nanti sutera datang sini lagi.  Till then!